Tuesday 16 June 2015

Pendaftaran PIBG

Assalammualaikum ,  salam 1 Malaysia

Admin mohon maaf, sejak broadband saya tidak berfungsi blog ini dibiarkan seketika. Oleh itu update terkini tugasan yang dilakukan sejak March ialah pendaftaran PIBG Sekolah saya.

Ketika menghadiri mesyuarat PIBK (Penglibatan Ibubapa dan Komuniti ) di penghujung March baru baru ini memberikan info sekolah saya belum pernah mendaftaran PIBG. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul.....
Saya memulakan tugas pendaftaran ini dari kosong sehingga berjaya mengirim Pendaftaran PIBG

PENDAFTARAN BAHARU / PEMBAHARUAN AJK PIBG NAMA SEKOLAH TAHUN 2015-2016

 Binding dua buah buku yang mengandungi butiran seperti yang dikehendaki:

a.       Jadual Pertama senarai AJK yang ditandatangani oleh penasihat
b.      Borang Persendirian AJK
c.       Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh penasihat
d.      Minit Mesyuarat Agung / Minit Mesyuarat Tergempar
e.       Senarai Kehadiran
f.       Perlembagaan  PIBG  yang ditandatangani oleh penasihat


 Pihak sekolah juga telah memastikan latar belakang semua ahli yang tersenarai dalam Jadual Pertama, bebas daripada kes-kes kemuflisan dan kes-kes jenayah masa lalu.



Jutaan terima kasih kepada pihak JPNS, PPDKB, Sekolah Kebangsaan Pandasan, Ibubapa, Staf dan Guru guru, Mantan Setiausaha PIBG dan Pihak yang terlibat untuk pendaftaran PIBG.



Saya akan update jadual pertama untuk rujukan Setiausaha PIBG sebagai rujukan. mudahan ini membantu menyiapkan proses pendaftaran PIBG. 

feel free to comment, untuk sebarang soalan.



No comments:

Post a Comment

Jadual Pertama