Sekolah
31 March 2014 , lapor diri di sekolah setelah 3 bulan cuti bersalin
anak kedua memberikan pelbagai reaksi. Pertama, terkejut dan banyak perubahan
telah berlaku. Jawatan jawatan yang dipegang masih lagi dalam pencarian
maklumat dan cebisan cebisannya …. Walaupun
telah diberitahu akan menjadi guru penyelaras bestari untuk menjadikan
saya sebagai guru luar norma.
- Guru Matapelajaran5 subjek
- Guru Kelas tahun 3
- Guru Penyelaras Bestari
- Ahli Panitia
- Guru Penasihat Puteri Islam
- Guru Audit Dalaman
- Guru
Dan beberapa jawatan yang masih lagi saya dapat pastikan
Perkara itu masih
baharu dan mengelirukan, saya masih terkejut dengan perubahan yang berlaku
walaupun penempatan kedua ini sejak Julai 2013...tugasan yang diberikan amat
berat, meski pun begitu sebagai penjawat awam yang menurut perintah, saya
menerima tugasan tugasan yang diamanahkan dengan relanya.
Hari pertama persekolahan masih kebingungan kerana jadual
mengajar yang pada 25 masa yang diberikan. Saya bersyukur guru ganti mengambil
alih tugasan dengan sebaik mungkin. Oleh itu hari pertama saya menjalankan PDP
adalah melihat sejauh mana buku latihan, buku aktiviti dan menguji beberapa
topik untuk melihat sejauh manakah PDP yang berlangsung sepanjang saya bercuti.
Saya perlu menyiapkan beberapa perkara dengan kadar segera
iaitu :-
- Rancangan pengajaran tahunan untuk 5 subjek
- Mengemaskini buku rekod pengajaran harian
- Menyediakan fail fail (pelbagai fail)
- Membuat saringan LINUS
- Memastikan murid mempunyai buku matematik
- Menyiapkan tugasan sebagai guru kelas
Entri ini bukan untuk menidakkan mempersoalkan meragui atau memperkecilkan mana
mana pihak…sekadar luahan rasa dan pendapat untuk perkongsian
No comments:
Post a Comment