Thursday 8 May 2014

Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan Ujian Pos Modul A



Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan ( Continuous Professional Development - CPD )



Ujian Pos Modul A

Posujian Baca dan jawap soalan berikut.Sila gunakan kertas lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi.
1
Setelah mengikuti modul ini adakah pendapat anda mengenai keperluan Pendidikan Kebangsaan di Malaysia berubah? Atau adakah kefahaman anda tentang Pendidikan Kebangsaan meningkat? Jelaskan?
#
Response
1
Pada pendapat saya, keperluan Pendidikan Kebangsaan di Malaysia berubah disebabkan faktor peredaran masa kini yang menuntut kepada guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Keperluan Pendidikan Kebangsaan penting untuk memastikan cabaran abad 21 dan jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Disamping itu keperluan Pendidikan Kebangsaan juga berubah untuk memenuhi kehendak ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik semasa. Oleh yang demikian Pendidikan Kebangsaan memerlukan guru yang berkemahiran tinggi untuk membantu aspirasi Falsafah Pendidikan. Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam menyatupadukan kaum disamping melahirkan insan yang mampu berdaya saing pada masa hadapan.
2
Kurikulum Pendidikan perlu sentiasa relaven kepada keperluan semasa. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Mengapa?
#
Response
1
Kurikulum Pendidikan perlu sentiasa relaven kepada keperluan semasa, saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana Kurikulum Pendidikan digubal untuk menyediakan garis panduan yang lengkap tentang sesuatu dasar baharu. Oleh itu Kurikulum Pendidikan seiring dengan kehendak ' generasi Y ' yang menuntut kearah teknologi maklumat yang berkemahiran tinggi, penghasilan tenaga kerja yang mampu bersaing dalam perubahan ekonomi dunia disamping memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
3
Mengikut fahaman anda apakah yang dimaksudkan dengan ‘dasar pendidikan’?
#
Response
1
Mengikut kefahaman saya, Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal untuk membantu menyatupadukan kepelbagaian kaum di negara ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini membantu merapatkan jurang perkauman yang wujud disamping menguruskan tenaga kerja dengan lebih berkesan disamping membentuk masyarakat berdisiplin. Disamping itu juga Dasar Pendidikan Kebangsaan akan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.
4
Sebelum anda mengikuti modul ini, adakah anda faham apa yang dimaksudkan dengan ‘dasar pendidikan’? Adakah fahaman anda tentang dasar pendidikan lebih baiksetelah mengikuti modul ini?
#
Response
1
ya saya memahami maksud dasar pendidikan, dan selepas saya mengikuti kursus ini saya lebih memahami tentang dasar pendidikan serta memahami peranan guru sebagai pelaksana Dasar Pendidikan Negara
5
Apakah matlamat dan hala tuju pendidikan Malaysia? Bagaimanakah matlamat ini boleh dicapai?
#
Response
1
Matlamat Pendidikan Malaysia ialah untuk menyatupadukan kaum dan merealisasikan pendemokrasian pendidikan . Hala Tuju Pendidikan Malaysia merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat ini boleh dicapai dengan melaksanakan dasar baharu yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
6
Apakah mesej yang akan anda sampaikan kepada rakan guru mengenai kepentingan peranan guru sebagai pelaksana dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia?
#
Response
1
Kepentingan Peranan guru sebagai pelaksana dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia ialah dengan meningkatkan martabat, etika dan profesion keguruan dengan mendalami dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia. Guru juga perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan pelbagai kepintaran supaya semua bahagian potensi diri insan terutamanya dapat dikenalpasti dan dimajukan. Sebagai guru yang berkemahiran guru seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan teori, pedogogi, pentaksiran dan penilaian yang sesuai untuk mencapai matlamat dan objektif pdp.Sebagai guru kita mesti memberi perhatian secukupnya kepada unsur-unsur terkini yang diperlukan berupa kemahiran-kemahiran berfikir, inovasi, kreativiti, komunikasi berkesan, pengurusan diri, motivasi diri, kepimpinan berkualiti, keusahawanan, kemahiran-kemahiran ICT, kesedaran sosial, alam sekitar dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Jadual Pertama