Saturday 3 May 2014

Terma dan Syarat DIYies

 DIYies

Apabila  membuka DIYies, dengan ini pengguna telah terikat dengan Terma dan Syarat DIYies  yang dikuatkuasa kan.

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan pengguna semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya pengguna mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa pengguna terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara pengguna sebagai pengguna, dan DIYies, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang pengguna terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses pengguna kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Pengguna dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa DIYies tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat di laman web ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data pengguna;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan

DIYies boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, DIYies tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa DIYies tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Pengguna seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa DIYies tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat 

DIYies mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa.  Adalah dipersetujui bahawa pengguna akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Pengguna selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan pengguna terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Umum



Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.


 Daripada
Fitriah
Blogger DIYies
5Mei 2014 

No comments:

Post a Comment

Jadual Pertama