Thursday 8 May 2014

Ujian Pra Modul A CPD




Ujian Pra Modul A
Praujian
Baca dan jawap soalan berikut. Sila gunakan kertas lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi.
1
Pada pendapat anda perlukah Malaysia mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan? Mengapa?
#
Response
1
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai latar sosioekonomi yang berbeza, oleh itu Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal untuk membantu menyatupadukan kepelbagaian kaum di negara ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini membantu merapatkan jurang perkauman yang wujud disamping menguruskan tenaga kerja dengan lebih berkesan disamping membentuk masyarakat berdisiplin. Disamping itu juga Dasar Pendidikan Kebangsaan akan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik. Kesimpulannya Dasar Pendidikan Kebangsaan perlu untuk dijadikan garis panduan yang selaras untuk semua, ini menunjukkan Pendidikan di Malaysia mempunyai standard dan kualiti.
2
Pada pandangan anda mengapakah kurikulum pendidikan sentiasa berubah? Adakah anda setuju dengan tindakan ini? Mengapa?
#
Response
1
Pada Pendapat saya, saya bersetuju untuk tindakan Kurikulum Pendidikan sentiasa berubah kerana dipengaharuhi oleh beberapa faktor. faktor utama ialah Kurikulum Pendidikan dilihat tidak lagi relavan dengan kehendak masa kini dan masa hadapan. Seterusnya ledakan Teknologi Maklumat turut menyebabkan Kurikulum Pendidikan perlu berubah sejajar dengan kehendak peningkatan teknologi. Kurikulum Pendidikan dikaji untuk melahirkan insan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi semasa, tambahan pula dengan era globalisasi yang kian mencabar dan menuntut Kurikulum Pendidikan menyediakan insan yang berkemahiran dan mampu berdaya saing di masa hadapan.
3
Mengikut fahaman anda apakah yang dimaksudkan dengan ‘dasar pendidikan’?
#
Response
1
Menurut fahaman saya Dasar Pendidikan diwujudkan untuk mengantikan dasar pendidikan penjajah yang tidak mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan Negara. Dasar pendidikan penting bagi membentuk masyarakat bersatu padu dan berdisiplin di samping memenuhi sumber manusia dalam pembangunan negara. Dasar Pendidikan telah menyatupadukan semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara. Dasar ini juga membantu melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan terlatih serta membantu perkembangan bidang kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
4
Apakah matlamat dan hala tuju pendidikan Malaysia?
#
Response
1
Matlamat Pendidikan Malaysia ialah untuk menyatupadukan kaum dan merealisasikan pendemokrasian pendidikan . manakala hala tuju pendidikan Malaysia merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
5
Apakah peranan yand dimainkan oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan matlamat dan hala tuju pendidikan Malaysia?
#
Response
1
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam usaha merealisasikan Matlamat dan Hala Tuju pendidikan Malaysia ialah sebagai agen penyebar Matlamat dan Haja Tuju Pendidikan Malaysia. Guru juga berperanan sebagai Kumpulan Pelaksana dalam sesuatu Dasar yang digubah. Guru juga bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Guru memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator. Kesimpulannya , guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.


No comments:

Post a Comment

Jadual Pertama